Flash.10.exe a.k.a Trojan.VB.ayo

Saban hari, terdapat berjuta komputer diserang Trojan.VB.ayo atau lebih dikenali sebagai Flash10.exe. Ia merebak melalui peralatan mudah-alih (portable device) seperti pendrive, thumb drive, pemain mp3 dan external hard disk. Worm ini akan menyebabkan beberapa fungsi windows seperti Task Manager, Registry Editor, Command Prompt, System Configuration Utility, Search, dan Folder Options tidak dapat berfungsi seperti sediakala. Selain itu, ia akan menghasilkan fail autorun.ini pada peralatan mudah-alih. Ia mula merebak ke komputer lain apabila anda double-click pada peralatan mudah-alih dan ia akan memasukkan fail-fail komponen virus tersebut ke dalam folder windows anda.
Antara fail komponen virus tersebut ialah:

regedit.com, msconfig.com, ping.com, dxdiag.com, cmd.com, jambanmu.com dan Flash.10.exe, macromedia.10.exe dan DAO.msn
Empty.pif
My Secret.fold
New Song.lagu dan New Video.vidz
Aweks.pikz dan Seram.pikz

Selain itu, virus ini juga mengubah beberapa kekunci (key) didalam registry editor:

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft Windows\CurrentVersion\Run\Windows\MSN = C:\Program Files\Common Files\Microsoft Shared\DAO.msn
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer\NoFind = 01, 00, 00,00 HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\Explorer\NoFolderOptions = 01, 00, 00, 00
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableRegistryTools = 01, 00, 00, 00
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableCMD = 01, 00, 00, 00
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Policies\System\DisableTaskMgr = 01, 00, 00, 00


Bagaimana cara untuk menghapuskan virus ini?
Terdapat beberapa cara untuk menghapuskan virus ini iaitu dengan menggunakan:
1. Anti-Virus
2. KillFlash1.0.exe

Untuk cara pertama, terdapat beberapa faktor yang akan menyebabkan virus tersebut masih wujud didalam komputer anda kerana virus ini akan memadam komputer anda apabila fail Flash.10.exe dihentikan prosesnya. Melainkan anda menggunakan Anti-Virus Kaspersky.

Untuk cara ke-2, anda perlu muat-turun perisian KillFlash.1.0.exe di sini.
Cara penggunaan:-
1. Double-click pada perisian KillFlash.1.0.exe
2. Reboot Pc

No comments:

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners