Vacation : Bandung - Shopping Paradise

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama tak update blog, baru hari ni aku rajin menaip. heh! Agak pemalas gak aku ni bab menaip panjang² ni. Maybe kena kumpul mood rajin baru boleh menaip dengan sepuas²nya.

Tiket saya!

Arrived at Soekarno International Airport


1st Day
By the way, 14 November yang lalu, aku telah menerbangkan diri ke Bandung, Indonesia bersama kumpulan A dibawah tajaan Jardine OneSolution dibawah kelolaan Trans-World Travel & Tour Sdn Bhd. Actually flight yang kami naik sepatutnya berangkat pada pukul 1.30 tghari waktu Malaysia dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Bandung pada jam 2.40 waktu tempatan (3.40 waktu Malaysia). Tapi memandangkan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Bandung menutup sementara perkhidmatan disana, flight kami delay until 4.30 ptg waktu Malaysia. Dan lebih menyedihkan lagi, flight tersebut bukan terus ke Bandung, tetapi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno, Jakarta. So, sampai di Jakarta pada pukul 5.30 ptg waktu tempatan (6.30 ptg waktu Malaysia). Dari Jakarta, kami menaiki bas ke Bandung dan mengambil masa kira² 2 jam. Finally, kami sampai di Holiday Inn Bandung. So, aktiviti pada hari pertama ditunda ke hari ketiga. Terpaksa la tidur awal.


Sekitar perjalanan ke Bandung


2nd Day
Waktu di Bandung sama seperti di Sabah, dimana matahari terbit pada jam 4.00 pagi waktu tempatan. Heh! (mood kemalasan untuk bangun pagi). So, untuk aktiviti hari ke dua, kami dibawa ke Tangkuban Perahu.



Sesampai disana, kami menaiki van menuju ke puncak Tangkuban Perahu. Baru sebelah kaki menjejak di Tangkuban Perahu, peniaga disitu (know as vendor) datang menyerbu rombongan kami dan menawarkan barang yang dijual. *kinda annoying* heh! 1st reaction aku terhadap mereka² itu. So, aku buat tak tahu je kat diorg ni. Aku pun meneruskan perjalanan bersama-sama rombongan. Vendor² ni pun menyemakkan diri disebelah. Harga Key chain dari Rp300, 000.00 (Rp10, 000.00 = RM3.50 *as a 14th November) drop sampai Rp150, 000.00 . Heh! Bersungguh-sungguh vendor nak menjual barang dia. Sampai di tepi kawah "btol ntah kawah ni", aku snap la beberapa picture.

Kawah yang terdapat di Tangkuban Perahu


Vendor yang follow aku tadi pun menawarkan diri untuk snap pic aku disana, "ah! leh caye ke?" so aku cakap, "takpe, terima kasih". Sambil berjalan, si vendor ni menceritakan sejarah Tangkuban Perahu dan lokasi kawah² yang lain "layan je la". Bila nak balik, aku pun pikir, "patut ke aku beli", lepak dulu. Aku tunggu sampai si vendor ni drop price yang sesuai. Last offer, dia bagi aku 10 Key Chain dengan harga Rp50, 000.00. Settle je bayar, sampai lak lagi 3 vendor "ah! ni yang aku malas ni!". Habis semua barang ditunjukkan pada aku. "Sorry, saya tak berminat.", "Maaf, saya tak mahu." Hanya ungkapan ni je yang dapat aku lontarkan kepada vendor² tu.

Lokasi seterusnya ialah Taman Reakrasi Ciater Spa Resort untuk makan tengahari dan merehatkan kaki didalam kolam air panas yang terdapat disana.

Kolam Air *Sejuk*


Lepas puas merendamkan kaki, kami menuju ke Rumah Mode. Rumah Mode ni boleh dianggap syurga membeli belah! Aku sempat membeli sehelai short pant dan 4 helai tshirt "1st nak bayar tu, pening gak tgk duit Rupiah ni, byk sangat kosongnya!". Da bosan men"shopping"kan diri di Rumah Mode, aku pun berjalan ke House of Donatello. Toko(kedai) ini menjual kasut berasaskan kulit dengan harganya AMAT MURAH! Tapi sayang, duit tak cukup nak beli sepasang kasut yang menarik minatku! "lain kali, tukar duit byk sikit!". Next destination is *da lupa* Heh!.Sesudah puas menghabiskan duit, kami pun pulang ke hotel. Sebelum sampai di hotel, singgah makan malam di Sindang Reret Restoran. Ikan bakar kat restoran ni terbaek! Meleleh air mata beb! Hahaha! Too spicy! Da settle melantak, time to rest to my eyes!

Sindang Reret Restaurant
at House of Donatello


Sindang Reret Restaurant


3rd Day
Melawat sekitar Bandung sebelum menuju ke Pasar Baru Trade Centre. Kat sini aku sempat membeli 4 helai kain sarung. Bagi mereka yang ingin mencari kain ela, kain apa² aja, boleh lah berkunjung ke Pasar Baru Trade Centre.

Pasar Baru Trade Centre


Oh! byknya cerita yang ingin aku ceritakan. sambung pada edisi kedua!

No comments:

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners