Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Hari ni (6 Ogos), umur aku tepat 27 tahun. pergh! aku rasa macam baru umur 22. ahaks~ maybe sebab jiwa aku masih rasa muda.
Little bit bout my self. aku dilahirkan di Hospital Besar Taiping, Perak Darul Ridzuan tepat pada jam 1530. family aku selalu berpindah-randah (bukan nomad k) sebab my dad keja PDRM. da berapa kali pindah pun aku tak pasti. yang aku ingat, Kerayong/Triang, Pahang, then pindah ke Sungai Petani, Kedah. Lepas tu pindah ke Kg. Tok Paduka, Perlis. Then pindah lagi ke Bohor Lateh, Perlis. Pindah lagi ke Seriab, Perlis. And now kat Ayer Itam, Pulau Pinang.
So, aku boleh dikatakan membesar kat Perlis sbb aku menetap disana sejak tahun 1989 hingga 2001 (kalau xsilap aku la). 12 tahun gak la aku kat Perlis. byk memori aku dgn kawan² kat sana terutama time aku study kat Sekolah Menengah Teknik Arau.
Pada awalnya aku mendapat pendidikan di Tabika Kemas Kg. Tok Paduka. tapi xsempat abeh study kat situ, our family move to Bohor Lateh. so, bila da berpindah, pendidikkan aku pun terbantut. so, time tu aku lepak kat umah je. time awek² blk dari Tabika, aku slalu lepak depan rumah sambil bersiul². Then pada tahun 1991 aku bangga pakai kemeja berkolar warna putih. aku dimasukkan ke Sekolah Kebangsaan Kayang. dari darjah 1 sampailah ke darjah 6 aku menuntut ilmu disana. masa aku study kat SKK ni, aku amat benci Math & BI. bukan aku benci matapelajaran, tapi aku benci cikgu yang ajar. aku ingat lagi nama cikgu ni, Cikgu Chong. dalam kelas aku dulu, mmg semua takut akan cikgu ni. bayangkan kalau seminggu tu ada kelas dia, mmg kompom kerja skool yg lain aku xsentuh. hari² buat Math. kerjarumah yg diberi bukannya sikit. skali bagi 100 soklan. maybe time tu mentality aku masih kebudak²kan, aku sanggup amik alternative lain bagi mengelakkan masuk ke kelas Math. aku dgn slamber tuang skool. time tu aku darjah 4. maklum la aku pi skool naik beskal, so senang aku nak lencong. if aku xsilap, hari rabu adalah hari aku tuang. aku slalu lepak kat tengah bendang, berbekalkan bekal yg disediakan oleh mak aku, itulah yg aku slalu hadap time rehat. actually port aku tuang ni xdak la jauh sangat dari skool, just around 2km. tapi aku bole dengar bunyi loceng skool. so, time rehat & time blk, aku berpandukan loceng skool. time balik tu aku kelihatan seperti student² yang lain pulang ke rumah. jarak perjalanan skool ke rumah aku almost 6-7KM. pedehal kan. aku slamber je kayuh beskal. time tu aku amat bangga dengan beskal BMX kawasaki. hahaha! aku pun da lupa. tapi rasa²nya da btol tu. aku xsanggup masuk kelas Math bukan apa, puting & sideburn mmg selalu kena tarik kalau keja skool xsiap, xble hafal darab, xbole jawab soklan. ada few student yg mmg da di mark oleh cikgu tu sebagai pelajar yg bermasalah termasuklah aku. bak kata org tua², sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. aku kantoi tuang skool, pihak skool kol rumah aku. getah paip, penyangkut baju, tapi pinggang da biasa hinggap kat belakang badan aku ni. sampai satu tahap tu, belakang aku kebal dari segala ancaman getah paip, penyangkut baju mahu pun tali pinggang. lepas tu, aku slalu tdo pukul 2-3pagi semata² nak siapkan kerjarumah math. muda² lagi aku da biasa stayback la. pedehal. ada 1 kes ni yg aku xdapat lupa. masa aku darjah 3. ini lagi best, kasut skool aku sebelah disembunyikan. aku tanya seko² bdk klass aku, sorg pun xnak ngaku. pergh! aku dengan perasaan hampa pulang ke rumah. kat rumah aku rileks ja bgtau kata kasut skool sebelah hilang. abes ja perkataan "hilang", satu tamparan yg mmg aku xkan lupakan hinggap di pipi aku (ayah aku ni spesis no mercy). keesokan harinya, aku pegi skool pakai kasut sebelah & berbekalkan bekas 4 jari yg lekat di pipi aku. seko² bdk klass aku terkejut. aku slamber. time tu cikgu klass aku nama Rosmini. Guru besar jumpa aku tgk pipi aku yg ada cop jari. abeh ja tgk, dia panggil cikgu klass aku. kasihan aku tgk cikgu Rosmini kena marah. ohdemshet! bukan salah cikgu Rosmini! ni semua angkara ketua kelas aku yg bernama Norehan. bdk² lain buat bising, 1 kelas kena berdiri atas meja. time ni la bdk² lahanat sembunyikan kasut aku entah kemana. but this is only memory. :)
Tahun 1997, aku dimasukkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi. 1st day masa pendaftaran pelajar baru, aku slamber lepak kat umh membe aku sambil layan kreta Dash Yankuro (ntah btol ntah salah aku eja). mmg mendapat la bila ayah aku nak bawak ke skool. aku breakfast getah paip before pegi daftar. mmg terbaek lah! tak byk sgt memori kat skool ni. masa trial PMR, aku amat bangga (ala, trial je pun. nak bangga apa) pabila aku satu²nya student yg dpt A dalam matapelajaran Sains kat skool tu. pergh! mmg aku kembang bertingkat la beb! balik umh terus aku paw RM10 kat ayah aku sbb dpt 1 A. zaman aku dlu, RM10 da kira banyak. kalau sekarang ni, lepas duit topup ja bak kata bdk² skool rendah. hahaha!
Pada tahun 2000, aku bertukar ke Sekolah Menengah Teknik Arau (sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Arau). skool ni agak jauh dari rumah aku, so aku kena stay kat hostel. disini la aku mula berdikari. basuh baju, carik mkn, bgn sendri, semua start kat sini. aku stay kat hostel smp ujung tahun. tapi dekat² ujung tu, aku kantoi merokok. pergh! mmg mati la kalau ayah aku tau. so, masa cuti ujung tahun aku manfaatkan masa aku dgn menanti posmen anta surat. akhirnya! surat yang ditunggu sampai jugak. surat makluman yg menyatakan aku dibuang asrama sbb merokok. hahaha! dgn gaya tertib aku membuka sampul surat. perkataan "merokok" aku padam guna liquid paper & aku gantikan dengan kesalahan displin. bila da siap semua, aku letakkan blk dlm peti surat. seperti yg dijangkakan, ayah aku panggil ptg tu, dia bg RM3 soh pegi potong rambut. hohoho. selamat aku kali ni. so, time form 5 aku duduk luar sementara waktu & surat rayuan dihantar. after few day, aku masuk hostel balik. tapi life aku dlm hostel tu pun xlama. sbb kantoi merokok lagi. kali ni, aku xble nak rahsiakan apa². semua terbongkar. tapi ayah aku xmarah. :D sejak kena buang, aku berulang alik dari rumah aku ke skool. almost 21KM. tapi xpa, aku naik moto. hahaha! duit belanja xyah kata la. sebulan mak aku bagi RM50 sahaja. xdak lebih xdak kurang. lu bayangkan motor yg aku naik tu 2 Stroke, 2T lagi aku nak kena bela. tapi xpa, aku yakin aku boleh survive. pagi² aku slalu breakfast nasi lemak kat umh. memandangkan aku sorg ja mkn byk, mak aku mmg spare utk aku 2 bungkus. so, sebungkus aku mkn kat umh, sebungkus lg aku bawak pegi skool. jimat dah duit aku utk time break. every weekend aku buat part time keja katering. so, bole la menampung kehidupan aku. bukan stakat nak tampung duit minyak moto/2T, malahan rokok & duit pegi cc. ada 2 pengalaman kat skool ni yg xdpt aku lupa. 1st : acara tuang kelas Add Math berjemaah. mmg xble lupa beb. dari 16 org student laki, yg tinggal 4 org (geng skema) dlm kelas. 12 lagi semua terbang~ ada yang blk hostel, ada yg tdoQ kat surau dan ada yg xtentu arah. hahaha! pening cikgu Add Math tgk kerusi byk kosong. what a nice memory. 2nd yg aku xdpt lupa, request penampaQ. Time tu sesi kaunseling si Bulu. pergh! mmg lontaran kata² semangat mahupun kata² bidalan ditujukan kat Bulu ni. bajet masing² pro bg nasihat la. maybe cita² depa nak jadi Kaunselor kot. skali satu haruman melintas disetiap hidung pakar kaunselor. phew~ berdekah² gelak! siap tuduh menuduh. aku mmg xtahan dgn haruman tersebut. dgn gerak langkah kaki aku yg pantas, aku klua dari zon pencemaran melalui pintu blakang. skali aku turn left, lirik mata aku nmpk cikgu Add Math yg sedang mengajar kat klass sebelah menyerbu masuk ke klass aku melalui pintu belakang. pergh! Pak Cuh yg cuba follow aku dari belakang menerima tamparan pertama dari cikgu tersebut. aku cool, terus je jln ke toilet tanpa menoleh ke blakang. apa yg aku sempat dengar, cikgu tu menjerit "Sapa nak lagi! sapa nak lagi!". tak semena², tangan cikgu tu hinggap di pipi mat Pali yg sedang membaca kisah sang kura² cuba berpura² dlm buku teks Add Math. memang mendapat la sbb cuba berlakon. aku imagine masa cikgu tu tanya sapa lagi nak, dia angkat tangan & berkata "Saya nak cikgu!" wahahaha! what a nice memory. byk juga la memory masa aku skool teknik. mandi manda beramai² di Bukit AyaQ, bdk² klass aku yg duduk hostel sanggup lompat pagaQ semata² nak follow.
Bulan 6 2001 (aku pun da lupa samada 2001 atau 2002), aku sambung study kat Kolej Sibertek, Bangi. haha! aku dpt tau sbb makcik yg ngajar aku ngaji suatu ketika dulu bgtau. dia kata ada kolej kat UKM nak amik student. pergh! aku dlm ati rasa amat bangga sbb dia kata "Kolej kat UKM". aku bajet ble jadi student UKM mcm tu. tapi.. ayat dia salah! sepatutnya "Kolej dekat dengan UKM". aku amik Sijil MLVK Tahap 2 (Pembantu Juruteknik Komputer). aku study 6 bln ja. Time tu, mak aku bg RM230 sahaja utk sebulan. mcm biasa, aku survive. aku buat bisnes dlm hostel. buat jual rokok gudang garam & dunhill. mmg aku punya harga paling rendah. biasa org letak 0.30 atau 0.50, aku punya price special. gudang garam 0.25, dunhill 0.45. so, customer aku yg bli slalu angkat 2 btg skali gus. syarikat² lain yg bukak bisnes rokok time tu dlm hostel aku, terus bangkrap. heh~ biasa aku amik stock gudang garam 1 karton. tu pun bila mak aku da bank in duit. mmg life aku time kat hostel tu mcm burung hantu. siang berdengkur, mlm berjaga. xbyk aktiviti aku time kat kolej ni memandangkan kewangan aku amat terhad. KL pun aku jejak skali ja. sbb aku rasa mcm xdak apa kat kl ni. hanya gah dengan bangunan tinggi².
Kalau lu org baca apa yg aku membebel kat atas, lu org kompom da tau starting pekerjaan aku. aku mula keja part time kat katering. biasa aku follow time cuti skool. kadang² kalau event dekat dgn umh, aku turun membanting tulang bersama² (kalau mlm la). agak lama aku stay dgn katering ni. then aku cont study. abeh study, aku cont keja kat katering ni smbl aku rasa bosan, aku pun mula berhijrah ke Penang.
Kat Penang, aku lepak kat umah nenek aku di Tanah Liat, Bukit Mertajam. 1st time aku pegi intebiu kilang. pakaian xyah cakap la. semua rembat ayah aku punya. hahahaha! time tu aku pegi intebiu untuk jawatan Boiler Man. Job tu bermain² dgn api. pergh! aku yg pakai smart² ni disuruhnya humbankan kayu dlm boiler. slmaber. tapi aku gagal dpt jawatan tu. tapi depa call aku soh aku masuk keja sebagai operator. 1st job aku adalah jaga mesin glue kat kilang buat pita lekat. almost 1 month aku kat situ. hari² aku stim gam. ada 1 bahagian tu, ia punya glue, pergh! bole beku otak! keja 3 shif. da kompom aku xcukup tdo + stim gam. aku terus resign! (notis 24jam). btw, time aku dpt offer ni, aku dgn cargas blk Perlis. "Mak, Amen nak moto". wah! selambe aku sound mak aku mcm tu. "Ok. deal." balas mak aku. skali dtg ayah aku, "No no no.. amik SS cabok tu. biaQ ayah pakai motor baru". *sigh* SS pun SS la. janji bole bawak aku kesana kemari suda.
Lepas aku benti keja kilang pita lekat tu, aku dpt keja Technician Computer. tapi ntah la. tokey tu melalut pe ntah, kata amik aku as a part time. so, aku hanya akan dtg kalau ada keja. ini ari² kena dtg, then soh punch card bagai. 1st gaji aku kat company computer ni, pergh~ agak perit. skali minta, skali hulur RM50. aku da la xdak sen. smp satu hari tu, moto aku rosak, dia soh aku masuk keja. k, fine. bas ada. pedehal. aku pegi naik bas. blknya aku menapak. 6.7KM. mmg best la life aku. slalu menapak. hahaha! 1st month aku keja kat sini, aku punya punch card hancor. 2nd month baru ok. aku keja 3 bln ja, then aku blah. xtahan sbb gaji skali mintak, skali hulur RM50. igt aku duduk rumah nenek aku xkena bayar pape ka?
After that, puas gak la aku mencarik keja. last² aku blk Perlis, keja katering blk. time keja katering tu, aku terhidu najis yg cuba dipalitkn kat aku. heh! aku serta-merta resign. keja kedai mkn tepi jln depan area umah aku. sehari RM10. aku xkisah. atleast aku ada sumber kewangan utk rokok & minyak moto aku. lama gak la aku keja kedai mkn ni. smp 1 masa, aku rasa bosan keja situ. aku brenti, blk ke Penang.
Carik keja kilang. time aku carik tu, aku follow kazen aku yg keja KFC. mmg luck la, dapat keja. tapi aku xpi sebab aku nmpk iklan jawatan kosong yg lagi best. jawatan QA. time tu aku xtau apa tu QA, aku bedal ja interbiu. kebanyakkan intebiu kilang ni senang ja, lu just jawab soklan Math. aku senyum ja time jawab sbb betul semua. heh~ keesokkan harinya aku da start bertugas sebagai QA. aku punya Supervisor nama Jaya (pompuan indian). garang dia ble tahan gak la. tapi aku slamber. kdg² tu aku lewat bangun tdo & aku mls pegi keja, aku slamber pegi hospital amik ubat. time tu tangan aku ada gatal² pe ntah. so, aku da dpt reason sbb apa aku xdpt hadirkn diri ke kilang. har har har. bole tahan lama gak la aku keja kat Yan Jin (M) Sdn Bhd. actually keja aku check reject. kilang ni supply frontpanel, backpanel, sidepanel untuk kilang Sony & pe ntah satu lagi kilang kat SP. aku pun da lupa. time aku keja kilang ni, badan aku makin berisi. masuk kilang pukul 6.30pagi = mkn nasik lemak, rehat pukul 9pg = mkn nasi, pukul 12.30tghari = melantak lagi. aku masuk keja pukul 7pagi abeh pukul 4ptg. tapi biasa aku buat ot smp pukul 7mlm. even basic kat kilang ni RM435, tapi aku enjoy. tapi smp 1 hari tu, aku mmg tired & time tu ada pertukaran leader. leader aku (Shif A) kena tukar ngan Shif B, Leader Shif B dtg ke Shif A. agak palat sket la. jenis ngampu baek punyer~ aku tdo bawah tangga, sedar² da pukul 4 pagi. itu pun leader Shif B kejutkn aku. aku pun laju ja kluar dari bawah tangga tu. tiba² aku rasa mcm artis lak bila staff² QA/QC/Printing/Hairline tepuk tangan untuk aku sbb aku tdo. mmg fak Supervisor QC ni! aku terus pegi toilet, basuh muka, then smoking dlu. aku bengang lalu lepak kat luar smp pukul 7, then aku chow. masa shif aku kena siang, Supervisor aku sound aku. aku buat pekak ja. mls nak layan. blablablablablabla... satu hari tu, Mak Long aku meninggal. dalam pukul 3 pagi kalau xsalah aku. so, aku amik EL. lebih 3 hari kalau silap aku. tetiba aku dpt warning letter. masuk kilang ja kena jumpa Zul HR. dia ni kewak sket. kuat jilat kote jepun. terus aku xdak mood nak keja kat kilang tu. aku tunggu smp dapat gaji, terus aku blah tanpa notis atau apa².
Lepas benti keja kat Yan Jin (M) Sdn Bhd, aku dgn kazen aku yg lain dpt keja kat Dell bahagian desktop. aku dpt position backend. keja aku xla ssh sgt. just bukak kotak keyboard, then susun. mmg aku enjoy keja Dell. cuma 1, xbole klua dari kawasan production selagi belum tiba waktu break. so, mmg time tu aku less smoking. tapi status kontrak je beb. sebulan je kontrak aku. tapi gaji masyuk woOo~ abeh kontrak, aku pun meencarik lagi keja. tup², aku dpt tahu Dell nak pakai Operator. cargas pi intebiu. b4 ni aku masuk Dell under Pilequest, kali ni aku masuk under Long Bus. Pilequest & Long Bus ni kira vendor la. 1st position aku dpt, as Builder. Builder ni job dia lu kena pasang 8 bijik lappy dlm masa 1 jam. mula² masuk xde la kena buat smp 8 bijik terus. slow² la kn. bila cukup 6 bln, leader line aku soh aku buat job QT (Quick Test). keja bahagian QT ni agak kritikal jugak la kalau nak dibandingkan dgn Builder. sbb QT ni kena sediakn ruang untuk system yg da siap dipasang oleh Builder. selain tu, QT ni wajib buat "Quick Test" pada setiap lappy yg dah siap dipasang. kena la system yg simple² masuk, mmg masak la QT. da la aku kena dlm Quad paling laju. kdg² tu ada yg build smp 12 bijik 1jam. mmg beratur la system atas rail. aku rileks ja. bila da lama aku kat bahagian QT, supervisor aku, si azuan soh aku jadi Repairer. position ni la yg paling aku minat. kalau ikut hierarki, Repairer ni no 3 dari atas. bawah dari Leader. keja pun xbyk. kalau ada reject dari Wipedown, baru aku buat keja. kalau x, menyembang ja. dalam hidup aku, 1st time aku beraya dalam kilang. tapi mmg berbaloi² la. OT gila². 15 hari keja dpt RM1.5k. tapi aku xtahan rules yg dibuat supervisor baru line aku. hari² meeting. aku da muak. kalau OT xdtg, kena bg surat tunjuk sebab kenapa xdtg. WTF! aku pun blah... sek bek gaji aku tu masuk.
Agak lama gak la aku xkeja. carik sana sini xdak jawatan kosong. aku kecewa. someday, aku on irc. aku lepak kat #UiTM, time tu ramai user. happening la bab kata omputeh. tetiba ada sorg minah ni advertise jawatan kosong. pergh! aku dgn bersemangat PM minah tu. tanya mcm² la. gaji mcm mn, tempat tinggal bagai. ujung tahun 2006, aku fly ke Putrajaya. tumpang tdo dirumah kazen aku yg berkhidmat di JPA, Putrajaya. actually aku kena masuk keja awal tahun 2007, tapi aku terlebih rajin, aku dtg awal sebulan. nvm la bab tu. 2nd time aku nak klua ke Shah Alam dari Putrajaya, aku sesat. 1st time dlu, kazen aku bawak, so aku igt sket². abeh 1 Putrajaya aku tawaf. phew~ keje yg aku dpt kat Shah Alam ni just jaga cc ja. basic RM500. tapi ada +² la. so, monthly dpt la RM800. hampir setahun gak aku keja cc ni. tapi after bln 6, bos aku ni tukar cc kepada owner baru. tapi masih mengekalkan aku sebagai "mat kaunter". tapi mamat yg jadi owner baru ni, langsung xble pakai. cc mn off aircond & bukak kipas saja? ce story. tapi mamat ni slamber. aku tgk kastemer pun kesian. last² aku brenti sbb aku dpt job data entry kat CiTiBank.
Keja data entry kat CiTiBank ni under vendor. payment 1 hour RM5. so, aku xkisah sgt. smp la sebulan lagi nak sambut Tahun Baru Cina, apps xdak. aku masuk keja pukul 11pg, blk pukul 4ptg. lu pk la, bape sgt aku dpt. 2 bln aku dpt gaji RM500. berulang dari Putrajaya ke Ampang Park naik train lg. pergh! RM500 tu lepas utk duit tambang pegi & blk ja. aku anta surat resign. chow~
Sebulan aku xkeja. hari² ngadap mee sedap. dek mee sedap ni la kepala aku makin botak. dem!
Kat taman yg aku lepak, ada 1 cc. aku pun mencuba nasib. aku request basic RM800. dia bg aku RM600. ok, fine. xble memilih sgt sbb da lama sgt aku xkeja. sewa umah pun time tu hutang. keja pun senang ja. cuma nak kena melayan karenah bdk² la. stock bdk² sini semua jakun. berebut² nak guna komputer. time tu pc ada 6-7 bijik sahaja. aku tgk bdk² situ xterbuka minda diorg dgn hanya main game CS & DoTA. aku pun carik few on9 game, contoh mcm CabalSEA, Cabal Chronical, SuddenAttack. lepas ada game² tu, bisnes makin rancak. siap ada list booking pc. wahahaha! layan kan aje bdk² ni.. makin lama aku keja, aku rasa xbest. sbb yg masuk shif siang, basic RM600. job hanya jaga kaunter. aku basic RM600 gak, tapi kena jaga kaunter & repair2 pc. WTF! kat area KL pun yg jaga kaunter basic RM800 k! bkn aku xbersyukur. atleast pk la sama kan. so, aku quit sbb aku dpt job ngan company computer.
Owner company ni melayu. staff ada 2 org. wahahaha! job aku repair² pc, buat invoice, DO. so far so good sbb until now, aku still keja dgn company ni. ^^
Hurm... aku da lupa job 1 ni kat part mana. tapi ni la realiti. aku pnah keja jaga lori drop tanah selama seminggu kat tengah² bendang. bukan isu aku xtahan keja, tapi aku kena racun ngan bdk kat umh pakcik aku. dia kata ada tebiu kat kilang MEM. bole lak aku lupa maklumkn kat supervisor aku time tu. terus kena fired. aku xsempat nak enjoy keja situ. oh dem!
Bout my life..hurm.. aku dilahirkan dalam keluarga sederhana (rasa aku la). tapi bila aku minta duit, susah mak aku nak bagi. maybe time tu keluarga aku btol² manfaatkan duit tu sepenuhnya utk perbelanjaan rumah & anak². mmg zaman aku muda² dulu, aku ssh nak dpt apa yg aku request. so, aktiviti rombongan skool yg berbayar, mmg 100% aku xfollow. sbb aku da tau, kalau aku minta kompom xdpt. so, biar la. kalau adik² aku yg minta, kompom dpt. aku pun pelik, ilmu apa diorg pakai smp mak aku slamber je bg. tapi dun worry, aku bukan jenis nak jeles² ni. sbb aku paham tentang keperluan duit tu.
Kalau nak story bab lari dari umh, xyah kata la. sebulan skali mesti aku lari dari rumah. lari tu xde la angkut kainn baju. ni zaman aku skool rendah dlu. pegi kelas Fardu Ain, 9pg-11pg xsilap aku, tapi slalu lajak smp ke petang. aku pun pelik kenapa dlu aku xberani blk rumah. walhal aku bukan buat salah apa pun. biasa port aku tdo adalah rumah kosong. berbekalkan kusyen (aku tinggal area berek polis, so perabut disediakan), aku jadikan tilam. then esok pagi br aku blk opis. tgk mood la. kdg2 tgh mlm aku cargas blk umh. kalau pintu tak kunci, mmg kompom aku masuk rumah. tapi tu pun aku usha dlu. kalau transport ayah aku xdak, mmg kompom aku bole masuk. aku masa kecik² dulu buas. normal la hidup area kampung. mandi sungai, panjat pokok, curi itu, curi ini. mcm² la. aku ingat lagi tahun 1999, time ni cc pertama bukak kat The Store, Kangar. ada la 2-3 minggu sekali aku dgn kawan aku pi melawat. itu pun pi main FIFA 98. 1 keyboard ble guna 3 org. fuh~ bukan nak kata la, mmg time ptg sebelum main bola, kutuk mengutuk sapa yg kalah main FIFA 98 tu. sejam rm5 time tu. aku kongsi 50-50. hahaha. pastu jumpa port cc lain. rate murah sket kot kalau xsilap. cc gelap macam rumah pelacur. wahahaha.. time layan StarCraft. sampai 1 tahap tu, aku bole buat skill main sampai muntah & blah tanpa bayar. transport aku dulu, basikal ja. antara Seriab & Kangar tu xjauh mana pun, around 5KM. tapi ntah la, zaman kecik² dulu kalau turun Kangar, mesti ikut jalan dalam. aku pun pelik. pastu basikal parking kat Pejabat Pos Bukit Lagi. sanggup aku jalan kaki dari Bukit Lagi ke The Store, Kangar. bila aku da masuk form 4/5, aku jarang turun Kangar. sbb bdk² kalau turun, 2 port ja depa lepak. x The Store, mesti Medan, x Medan, mesti The Store. da mcm xdak port lain. kalau dating plak, nak ja depan Library Kangar. kira bajet ulat bulu la tu. ptui~ hahahaha! kadang² aku & the gang merayau² around kedai buat roti. bukan apa, diorg slalu buang roti yg nak expired. aku dulu kental. spesis survivor punya. mcm² bedal kalau da xbalik umh. kalau mandi sungai, mesti mandi kat bawah pokok buah riang. sambil mandi sambil telan buah riang. what a sweet memory~ kalau bab kayuh basikal ni, xyah story la. aku pnah kayuh basikal dari Seriab ke Kodiang. baru 27.5KM (sumber maps.google.com). tujuan, saja mengisi masa lapang. haha! slalunya hari cuti diisi dgn kayuhan ke Bukit Air atau ke Sungai Batu Pahat. semata² nak pi mandi. da mcm kat umh tu xdak ayaQ! malam bln puasa, da mcm pelumba haram dijalanan. masing² dgn betis seorang pengayuh basikal dunia! kami beraksi di jalan Persiaran Wawasan. ha..kenapa jalan tu jadi pilihan? sebelum Taman Budaya, terdapat gua di bukit bersebelahan Taman Budaya. gua tu dahulunya dihuni oleh Sami Buddha. kena lak malam kan, pergh~ mmg lalu zon tu, xyah kata la. semua kayuh basikal macam pelesit. meremang bulu kaki walaupun di bulan Ramadhan. kadang² lawan mercun dgn budak kampung belakang. mercun bola, thunderclap, mmg wajib ada. satu lagi lastik. da mcm perang dunia ke patblas. hahaha! sekali skala aku dengan kengkawan seangkatan yg suka mendaki, kami pi panjat bukit tersebut. slalunya aktiviti lepas subuh. naik ikut tangga, turun ikut jln sendri. mmg best! kena lak bulan puasa. smp ke bawah, masing² flat. adoi..aku pun da pening apa yg nak distorykan kat sini sbb teramat byk aku nak luahkan ni!
skrg ni kalau weekend, aku slalu lepak kat umah. mls nak klua. kalau turun Alamanda pun, aku just pi Carrefour bli gula & tea Lipton. tapi sejak ada Giant berdekatan dgn opis aku, aku da xbeli kat Alamanda. da mcm bdk nerd lak life aku skrg. asyik duduk umah. weekday lak, aku slalu lepak kat opis smp mlm.
Cinta..erm..ntah la..aku ni ssh sket kalau nak bercinta. terus terang aku katakan, aku xpandai nak ngayat. satu lagi aku ni jenis pendiam. tapi tgk gak la kan. kalau kena gaya, kompom aku xdiam. hehehe. aku rasa baru 3x aku bercinta...glew kaw! umo da 27thn br 3x kapel. logik sket! tapi tu la realitinya. :) aku pun xtau nak kata apa kat diri aku. heh. cinta monyet | cinta minah kilang | cinta student. cinta monyet ni sat ja. ada la dalam seminggu. mmg terbaek la, kapel time SPM. break time paper last (Kimia). cinta minah kilang, minah ni manis orgnya. ada tahi lalat kat dagu. mmg tu la pemanis dia. aku pun xtau berapa lama kapel. lepas dia cont study kat poli ipoh (PUO), terus lost contact. der, lu tu mamat kilang ja, mn dia nak pandang, sedar la sket beb. heh! cinta student, time ni aku keja kilang Dell, kapel lak ngan minah UiTM. berapa ribu yang aku da labur pun xtau la. sampai aku sanggup tolong dia nak bli keta. pergh! bersemangat beb! razor blade! ah! xkisah lah. janji dpt kasih sayang. wahahaha. last² putus mcm tu sbb aku yg xtahan. glew kaw! kejap² mintak duit. igt aku cop duit ka apa! ingat aku keja kilang Dell tu gaji sebulan 12k? hahaha! syukur la skrg ni dia da kawen.
aku kecik² dulu mmg susah nak dapat duit. now aku da kerja & gaji yg aku terima, aku hayati sepenuhnya. 100% aku xdak duit simpanan untuk kawen mahupun duit bekap. hahahah!
aku ni seorang penyabar. hahahahaha! bole x macam tu? actually aku ni xreti nak marah org walaupun mmg aku tgh marah even marah teramat sangat. aku prefer mendiamkan diri. aku pendam & simpan hinggalah rasa amarah tu berlalu pergi. and aku lebih suka mendiamkan diri daripada membebel xtentu hala. hahahaha! korg tau x, entry ni aku amik masa almost a month! Sometime bila aku bertekak, aku lebih suka mengalah dari meneruskan perbalahan yg merugikan kedua-dua pihak. bukan bermaksud aku ni mudah mengalah tapi mmg xsuka benda² mcm tu. buat sakit otak ja. kadang² benda yang diperdebatkan tu bukan ada kena-mengena pun. sebab tu aku lebih suka mendiamkan diri daripada bercakap. aku jarang kata TIDAK/TAK BOLEH/TAK/NO kalau kawan² minta tolong. sebab bagi aku, aku sanggup biarkan kawan² susahkan aku dari aku susahkan kawan². kenapa? sebab aku bukan jenis yang mengungkit cerita lama. kalau orang tolong aku, someday if bergaduh or something, mesti dia akan ungkit apa yang pernah dia tolong aku suatu ketika dahulu. so, tak yah nak sangkal apa yang aku tulis ni. diri aku ni ibarat library kawan. everytime aku dapat kawan baru, muncullah buku baru. cerita/gosip atau sebagainya akan dicatat dalam buku tersebut. bila buku tu da ditutup, maka cerita tu sampai disitu sahaja. It's never leak to others people. aku ni seorang yang simple & selekeh. bayangkan aku ada 1 kemeja yang masih lagi dipakai sehingga hari ini sudah bersama aku almost 11 years! tapi bab kemeja tu nanti la aku story. hehehe. setia? hurm..kalau betul² sayang, maybe ya. uceh! 1 lagi orang memang susah nak faham aku. hahaha! aku pun tak paham! bila berfikir, aku suka berfikir seluas lautan. berfikir sesuatu perkara bukan untuk sehari dua, tapi 5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang, 50 tahun akan datang. kadang² benda yang simple pun aku fikir macam tu. last² aku gak yang saket otak! hahaha! bab berkawan, ha..dalam life aku, ada 3 term. KAWAN, TEMAN & SAHABAT. KAWAN ni bagi aku just macam kawan biasa. tiada yang special. TEMAN, term yang selalu aku bagi pada mereka yang rapat dengan aku & dimana aku bole bagi kepercayaan 60% pada mereka² itu. kenapa 60%? ha.. "musuh beringat sekali, kawan² beringat seribu kali". bukan xbole bg kepercayaan 100%, cuma someday if something happen, it's will return to me. mana² aku pi/bekerja, WAJIB bagi aku mencari TEMAN. dan TEMAN ni banyak pecahan dalam term aku. so, aku ja yang tau term² tu. bila berteman tu, aku selalu menguji, nak tengok samada dia seorang TEMAN atau KAWAN. SAHABAT, term yang agak susah aku nak bg pada seseorang sbb SAHABAT ni kepercayaan yang aku letak adalah 100% boleh dipercayai. mungkin suatu hari nanti term ini akan diberikan buat bakal si isteri. :) heartless? ahaks! kinda. why? I have my own reason to act like that. ^^v
Bab berbelanja, dari aku masih sekolah sampailah sekarang, amalan yang aku kekalkan sampai ke hari ini ada 3 term. KEWAJIPAN, KEPERLUAN, KEINGINAN. perihal² yang WAJIB akan sentiasa didahulukan. selalunya perihal² yang general macam sewa rumah, bil air & api & sebagainya. KEPERLUAN ni pula bergantung pada aku samada perlu atau tak. kalau perlu, baru beli dan begitulah sebaliknya. KEINGINAN, selalunya benda yang aku teringin untuk dimiliki. dari KEINGINAN akan masuk kedalam KEPERLUAN. bila KEPERLUAN approve maka baru la aku beli. kadang² KEINGINAN tu terus masuk ke KEWAJIPAN. camno tu? ha.. contohnya aku teringin memiliki kereta. once aku da beli, every month aku WAJIB bayar duit kereta. selalunya KEINGINAN ni barang long term punya. ^^
Heh! aku rasa cukup kot story pasal diri aku. da panjang sgt aku menaip ni. btw, thanx to who wish my birthday. may Allah bless u guys! Assalamualaikum.
* tuang = ponteng
**story aku ni bukan bertujuan nak meminta simpati atau membuka pekung didada, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi liku² kehidupan aku yang lampau & bagaimana aku meneruskan pejuangan hidupku. kerana kisah lampau ku ini membuatkan aku lebih matang dalam menghadapi apa jua situasi.
4 comments:
eh panjang nau...aku baca part aku jer..takpe kan..huahuahua...
cis!
Assalam nak tanya admin, dulu pernah study kat kolej sibertek kan? Boleh tau kenapa asrama tu ditutup?
wa'alaikumussalam. ya, batch 2012. actually saya tak sure apa yang terjadi after that. last visit time ambil sijil & kolej tu diambil alih oleh pihak Ikram. end up, kolej & asrama kat situ mati macam tu je.
Post a Comment