Komitmen

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk entry kali ni, gua nak story sket pasal komitmen. actually da lama gua nak menaip bab komitmen ni, cuba masa tak mengizinkan gua menghuraikan ia dengan lebih mendalam. by the way, apa yang akan gua story kan dalam ni base on experience gua mengenai komitmen.

Komitmen ditakrifkan sebagai:

Sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian dsb atau menunjukkan sokongan dan azam yg sepenuhnya kpd sesuatu.


Berdasarkan maksud komitmen diatas, apa jua yang kita lakukan, mestilah dilakukan dengan sepenuh komitmen. tapi gua akan menjurus kearah hubungan. actually, gua ada satu story dimana mereka ini sudah pun bertunang dimana pihak lelaki tidak mempunyai pekerjaan dan si wanita pula yang bertungkus lumus mencari rezeki & dok labur duit kat laki ni.

Dari minda gua yang agak berkarat & tak berapa berpelajaran ni, secara logiknya manusia bila dah bertunang akan ada komitmen dimana dia tahu apa yang perlu dilakukan bagi meringankan kedua ibubapa pabila berlangsungnya majlis perkahwinan. tapi kat sini, gua tak nampak langsung usaha yang dilakukan! ini baru bertunang, apatah lagi bila berkahwin dan mempunyai cahaya mana.

C'mon la bro, takkan pompuan tu nak support lu sampai lu mati? terus terang gua kata, if lu tadak komitmen, jangan bermimpi nak berkahwin la. berkahwin ni bukan untuk sehari dua beb, tapi sehingga akhir hayat.


Bila kita terikat dengan sesuatu hubungan, secara automatiknya komitmen terhadap hubungan itu wujud. dan selebihnya terpulanglah pada empunya diri samada berusaha terhadap komitmen tersebut atau pun sebaliknya.

Komitmen ni bukan setakat dalam perhubungan, malah ia lebih kepada general. komitmen terhadap kerjaya, keluarga, diri & blablablablabla... so, setakat ni je la gua merepek. macam biasa, next time gua merepek lagi okay. cin chow~

No comments:

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners