Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Nah! sedar tak sedar 1 Syawal kian menjelma. anak muda dirantauan semuanya sibut packing kain baju untuk pulang ke kampung halaman. gua? lek lu. hadap koding² untuk projek portal yang diamanahkan pada gua. still banyak benda yang pending dan more to hardcode. gua harap tak hancur template ni. muahahaha.
Raya tahun ni maybe SS akan menemani gua sepanjang perjalanan pulang ke kampung. gua ingat gua akan bertolak selepas sahur pada ari sabtu nanti. harap² SS gua dalam keadaan sihat hendaknya. tayar belakang dah kelihatan benang² yang menanti masa untuk putus & mengempeskan tayar. esok gua kena pi tukaq tayar belakang + tukar minya hitam + beli 2T. bukan apa, preparation sebelum pulang ke kampung. kali ni gua memang tekad untuk pulang bersama SS gua. dulu setakat Perlis ke Penang selambe gua redah, inikan pula Putrajaya ke Penang. apadahal. nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Gua da apply cuti untuk 1 minggu & gua pasti selama cuti seminggu tu dihabiskan dengan menyiapkan portal. orang len balik kampung beraya weh! tapi ni final word gua. memang ini yang terakhir. da deliver & ToT, gua chow. da letih gamaknya otak ni dok perah tetiap hari. nasib baik antibodi gua pawe. kalau tak, bole demam panas sebulan. seyes kali ni agak mencabar sket. banyak benda yang gua tak bole buat, tapi gua tetap akan berusaha sampai jadi apa yang client mintak.
Da bosan story bab kerja ni. baju raya gua, still pakai baju raya 2 tahun lepas. malas gua nak pi cari baju raya yang baru. setakat setahun 3-4 kali ja pakai, tak guna jugak. bukan nak kata kedekut, tapi duit tu boleh digunakan pada perkara yang lebih penting. contohnya simpan untuk hari tua ka, bayaq duit rumah ka. something yang penting la. untuk raya tahun ni, tak banyak benda baru. cuma duit raya untuk budak² gua da prepare 2 bulan lepas lagi. untung la depa dapat duit raya dari gua tahun ni. cuma duit raya gua tak pakai duit baru. seyes gua tadak masa nak pi tukaq kat bank walaupun perjalanan ke bank tu tak sampai 5 minit kalau naik SS.
Gua pun da tepu, sambung nak hadap koding balik. ok. bai.
No comments:
Post a Comment