Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Why? Persoalan di laman sosial yang seringkali gua bangkitkan didalam kotak fikiran gua yang sempit ni. Kenapa tidak Facebook & kenapa Twitter menjadi pilihan gua? Mostly user dalam Facebook gua tengok cenderung kearah luahan perasaan, berkongsi sesuatu yang sebenarnya tidak pasti kesahihan fakta/video/imej mahupun kata-kata pujangga, maki hamun, kata belakang, merepek, gosip, pelancau yang seangkatan dengannya. Kebanyakkannya tidak relevan diminda gua yang sempit maha cetek ini.
Kenapa gua pilih Twitter sebagai medium utama gua mencari sesuatu? Twitter ni bagi gua lebih mudah & tidak complicated macam Facebook. Gua hanya follow "sesuatu" mengikut minat & citarasa gua. Ada juga sesetengah tu merapu-meraban dalam Twitter dimana pada mulanya gua follow & akhirnya gua unfollow. Gua tau semua tu hak lu orang apa yang lu orang mau taip/update. Tapi bila gua baca, macam lebih cenderung kearah spesis kurang kasih sayang.
Mungkin faktor dimana zaman sekarang lu orang lebih selesa meluahkan segala-galanya termasuklah ceritera celah kain dilaman sosial. Gua pun ada juga update benda alah macam tu, tapi kekerapan tu tak macam lu orang yang sangap kasih sayang. Apa benda la yang dok update tak tentu hala. Nak ajak adik pi makan pun update kat status. Kamon la... tak penting pun update benda-benda macam tu.
Sometime, ada pihak akan menggunakan info-info yang lu orang update kat status, tak kira la check in la, pi makan kat mana la, makan apa la, apa benda la. Mungkin lu orang seronok update perihal-perihal sebegitu tanpa berfikir diluar kotak.
Share la sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain & cermin diri/ukur baju dibadan sendiri bila mengeluarkan sesuatu fakta yang MUNGKIN terkena balik pada batang hidung lu orang. Heh! Gua bukan apa, kadang-kadang tu rasa SEMAK dengan statement yang ntah apa-apa di status lu orang. Thats why gua pilih Twitter, gua just follow yang penting sahaja. Yang terlebih meroyan, memang kompom gua unfollow. Bukan mendatangkan kebaikan kepada gua, tapi lebih semak dari semak kat tepi jalan.
Ada sesetengah tu budget bijak mengeluarkan fakta tanpa membuat kajian & akhirnya malu dengan diri sendiri. Gua disini bukan nak buat luahan perasaan, tapi gua bercerita tentang realiti di laman sosial. Gua pun dah malas nak merepek sini. Lu orang nak baca ka, lu orang nak kata gua ka, lu orang punya pasal. chow~
No comments:
Post a Comment