Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah perumpamaan yang sesuai dengan situasi semasa yang membelenggu si pecinta dua roda dan juga terpalit pada pemilik kereta mahupun kenderaan yang mengubahsuai sistem ekzos kenderaan.
Dalam keadaan ekonomi semasa, timbul isu ubahsuai ekzos yang merujuk kepada Kaedah 109 MV (C&U) 1959 yang memperuntukkan saman minumum RM100 dan maksimum RM250 & juga Kaedah 103 MV (C&U) 1959. Akta 127 digunapakai dalam kaedah yang dinyatakan untuk menilai samada penggunaan ekzos tersebut berada dalam bacaan decibel (dB) yang dibenarkan atau tidak.
Malangnya, ada perihal yang sedang terjadi seakan-akan menyelam sambil minum air dimana kenderaan yang menggunakan ekzos yang bukan dari pengeluar kenderaan turut disita dan disaman sehingga pemilik kenderaan tersebut menukar kepada ekzos dari pengeluar kenderaan walaupun bacaan decibel (dB) masih lagi dalam had yang dibenarkan.
Merujuk kepada Akta 127 (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974), jadual had bacaan mengikut kapasiti padu (Cubic Capacity - C.C.) maksimum bagi kenderaan bawah 125 c.c. adalah 95dB, manakala 125 c.c. keatas adalah 99dB. Tetapi, malangnya akta tersebut tidak digunapakai dan tindakan yang diambil seperti yang dinyatakan dalam perenggan diatas.
Hal ini bukan sahaja dirasai pemilik motorsikal, malah pemilik lori perdagangan. Bukan sahaja ekzos, lampu sorotan (spotlight) dan juga hon tenonet juga dikenakan tindakan. Walhal penggunaan lampu sorotan hanya dikawasan-kawasan yang dikatakan berbahaya pada waktu malam seperti laluan Gerik ke Jeli melalui Banjaran Titiwangsa kerana zon gajah melintas, Gua Musang ke Kuala Krai, Karak ke Simpang Pertang, dan beberapa lagi laluan yang sangat gelap.
Itulah dunia zaman sekarang. Kian hari kian pelik. Gua pun dah malas nak taip panjang-panjang. Nak laksanakan sesuatu, mula dari akar umbi.
Done keluh kesah.
adios.
No comments:
Post a Comment