Abdullah Zubair a.k.a Mat Bet

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pagi tadi, aku dikejutkan kehilangan Abdullah Zubair ketika dia berjogging berhampiran Bukit Larut.


TAIPING: Misteri kehilangan seorang guru ketika sedang menjalankan aktiviti riadah berhampiran Bukit Larut di sini terus menjadi tanda tanya apabila dia masih gagal dikesan selepas 24 jam operasi mencari dilakukan.

Abdullah Zubair Ismail, 27, guru Sekolah Menengah King Edward VII di sini, hilang selepas keluar menjalani kegiatan riadah seorang diri di kawasan berkenaan.

Difahamkan, mangsa keluar berjoging seorang diri pada jam 10 pagi kelmarin dan kehilangannya hanya disedari rakan serumah apabila dia tidak pulang sehingga jam 7 malam.

Bimbang keselamatan guru terbabit, rakan serumahnya yang juga seorang guru di sekolah sama membuat laporan polis malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd Yusof Diah berkata, Zubair berasal dari Alor Setar, Kedah, dipindahkan ke Sekolah Menengah King Edward VII di sini, sejak setengah tahun lalu.

Yusuf berkata, mengikut laporan polis yang dibuat, rakan serumahnya cuba menghubungi telefon bimbit mangsa namun tidak berjawab berkemungkinan kehabisan bateri.

“Berikutan itu rakan mangsa ke kaki Bukit Larut dan menemui kereta Toyota putih nombor pendaftaran PCS 8212 milik mangsa di tempat letak kereta di kaki bukit itu.

“Dia yang yakin mangsa hilang atau tersesat di kawasan bukit itu segera melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.

Menurutnya, susulan itu, pihaknya mengerahkan anggotanya melakukan operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bermula jam 10 pagi semalam.

“Sehingga kini operasi mencari guru berkenaan masih diteruskan di sekitar Bukit Larut di sini, yang dipercayai menjadi laluan trek mangsa ketika membuat pendakian.

“Bagaimanapun sehingga jam 4 petang tadi (semalam), mangsa masih belum ditemui,” katanya.

Menurutnya, anggota penyelamat ada mendengar suara jeritan mangsa meminta tolong di lokasi tertentu di kawasan hutan berkenaan.

“Namun sebaik anggota penyelamat tiba ke lokasi jeritan itu, mangsa gagal ditemui. Jika keadaan ini berterusan beberapa ikhtiar lain akan dilakukan bagi menyelamat mangsa termasuk menggunakan khidmat bomoh,” katanya. Yusuf berkata, Abdullah Zubair sudah berumah tangga dan isterinya mengajar di sebuah sekolah di Sabak Bernam, Selangor.

“Difahamkan isteri mangsa mengandung empat bulan dan keluarganya sudah dimaklumkan berhubung kejadian ini.

“Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis daerah Taiping di talian 05-8080222,” katanya.
-petikan Harian Metro, 26 April 2011


Kemudian aku dimaklumkan Abdullah Zubair telah dijumpai. Tapi..itu hanya sementara. Arwah telah meninggal pada jam 10:45 pagi (26 April 2001).


Taiping: Guru Sekolah Menengah King Edward VII, Abdullah Zubair Ismail, 27, yang dilaporkan hilang selepas mendaki Bukit Larut kelmarin, ditemui mati pada jam 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Yusuf Md Diah, mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat guru terbabit.

Ketika ini pasukan itu sedang berusaha membawa turun mayat berkenaan.
-petikan Berita Harian, 26 April 2011

Isteri Allahyarham Abdullah Zubair tidak dapat menahan sebak didada apabila mengetahui Allahyarham pergi untuk selama-selamanya




TAIPING: Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII Taiping yang dilapor hilang selepas keluar berjoging seorang diri di kawasan Bukit Larut, di sini dua hari lepas ditemui mati hari ini.

Mayat Abdullah Zubir Ismail, 27, ditemui dalam keadaan terbaring di dalam gaung sedalam 10 meter di kawasan bukit itu dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan penyelamat pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohd Yusof Diah berkata mayat guru itu dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan dituntut oleh keluarganya untuk dikebumikan di kampungnya di Jitra, Kedah.

Siasatan awal mendapati guru berkenaan mengalami kecederaan di kepala dan dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam gaung. Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah, katanya di sini hari ini.

Polis menerima laporan mengenai kehilangan guru itu daripada rakannya petang Ahad lepas. Dia dilapor hilang selepas keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi dan tidak pulang sehingga pukul 7 petang.
-petikan Harian Metro

Suasana ketika jenazah Allahyarham tiba di Hospital. Gambar kecil - Isteri Allahyarham.




TAIPING: “Hati saya remuk sejurus mengetahui suami tersesat, akhirnya ditemui tidak bernyawa dan lebih menyedihkan dia tidak sempat menimang cahaya mata pertama yang diidamkannya,” kata Norziah Zulkifli, 26, yang sedang mengandung empat bulan, selepas jenazah suaminya, Abdullah Zubair Ismail, 27, dilaporkan tersesat di Bukit Larut, Ahad lalu, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan muka tersembam dalam lopak air, pagi semalam.

Mangsa, guru sejarah di Sekolah Menengah King Edward VII dikatakan melakukan riadah dengan mendaki bukit berkenaan bersendirian kira-kira jam 10 pagi Ahad lalu, sebelum kehilangannya disedari rakan serumah pada petang hari sama.

Norziah yang ditemui di bilik jenazah Hospital Taiping berkata, suaminya ada menghubunginya malam Sabtu lalu bagi menyatakan hasratnya mendaki bukit berkenaan.“Bagaimanapun saya tidak setuju dan menasihatinya membatalkan rancangan itu, namun dia tetap mahu meneruskan keinginan itu.

“Dia sempat menghubungi saya pada jam 8.30 pagi hari Ahad lalu ketika keluar bersarapan pagi. Itulah panggilan terakhir sebelum dia gagal dihubungi,” katanya.
Norziah yang kini menjalani latihan praktikal perguruan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor, berkata kali terakhir dia bertemu suaminya ialah Isnin minggu lalu, di Taiping.

“Masih teringat kata-katanya yang tidak sabar bergelar bapa dan mendukung cahaya mata pertama kami. Malang hasratnya itu tidak kesampaian,” katanya yang melangsungkan perkahwinan November tahun lalu.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa bermula kelmarin, bertukar duka apabila pasukan menyelamat menemui jenazah mangsa terbaring kira-kira 2.8 kilometer dari kaki bukit berkenaan.
-petikan Harian Metro, 27 April 2011


Pasukan penyelamat sedang membawa turun jenazah Allahyarham.



Arwah meninggalkan seorang balu yang sarat mengandung 4 bulan. Takziah buat keluarga arwah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin. Jenazah dikebumikan di Jitra sebelum Maghrib.

Al-Fatihah.


Since 27th May 1984 - 26th April 2011



status terakhir Allahyarham Abdullah Zubair di Facebook.



Teringat aku zaman kat Sekolah Menengah Teknik Arau. Satu dorm dengan Arwah. Arwah ni seorang yang peramah. Hari ketiga duduk hostel, dengan dia la aku isap rokok tepi tangga. Lompat pagar (fly) pi RPA arau sama². Banyak kenangan dengan Arwah yang aku tak boleh lupakan. Aku dok rancang nak jumpa dia suatu hari nanti, tapi Allah lebih menyayangi Arwah.


Perancangan kami tahun ini untuk buat reunion.


Pihak kami (Group xSMTA 00/01) sedang mengumpul seberapa banyak sumbangan bagi mengurangkan beban keluarga Arwah Abdullah Zubair dalam menyempurnakan Majlis Tahlil. Kepada mereka yang sudi menghulurkan bantuan, bolehlah menyalur terus ke akaun yang tertera dibawah:

Mohd Shafarol Wahid Mat Saad
107415006458 (Maybank)

atau

Noor Zieah bt Dzulkifli (Balu Arwah Abdullah Zubair)
16018020130696 (Bank Islam)




6 comments:

Bro Framestone said...

punca kematian..??

al-fatihah

faizul said...

alfatihah buat arwah & takziah buat isteri serta keluarga allahyarham..semoga rohnya dicucuri rahmat..semenjak perpisahan zaman sekolah di za'ba dulu..kiterorg lost contact...saya sebenarnya ada mencari arwah tetapi gagal..tidak disangka-sangka berita yang dikeluarkan tv3 sebentar tadi begitu terkejut dan menyedihkan...al-fatihah...amin

aM said...

punca kematian masih lagi dalam siasatan. tapi kemungkinan Arwah tergelincir ketika mendaki.

yare yare said...

mat bet....semangat hg tetap ada dalam hati aku..chicken
Al-Fatihah

chegu abbas said...

dia ni selalu mai lepak ngan adik dia muka lebih kurang ja dekat kedai saya qeja dulu ZAAAS nasi kandaq...x sangka...orang yang budi pekertinya mungkin allah sayang dia lagi,,,,Al-fatihah...

En. Njang Budiman said...

----> sy wakil drp pihak keluarga arwah mohon supaya kalo ada sapa2 yg bg hutang pd arwah, dtg rumah tuntut hutang yea..tq~

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners