Hasilkan Favicon dengan menggunakan imej


Ramai pengguna tidak tahu bahawa Favicon bukan saja boleh dihasilkan dengan menggunakan icon, malahan ia juga boleh menggunakan imej yang diinginkan. Sebagai contoh, laman blog ini menggunakan format imej
Graphics Interchange Format (GIF) sebagai Favicon.

Apa yang anda perlu lakukan ialah, upload imej yang anda ingin jadikan sebagai Favicon dmana-mana web yang menyediakan perkhidmatan menyimpan imej, seperti photobucket atau anda boleh upload ke dalam myspace atau friendster anda.



Apabila anda selesai upload imej tersebut, right-click pada imej tersebut dan click pada
Copy Image Location. Jika anda upload di photobucket, salin pautan imej tersebut dibahagian Direct Link.

<link href='<pautan imej>' rel='shorcut icon' type='image/vdn.microsoft.icon'/>


Guna kod HTML diatas dan letakkan pautan imej anda untuk menyempurnakan langkah terakhir Favicon.

Contoh:
<link href='http://a890.ac-images.myspacecdn.com/images01/17/m_2c9c555ed6f4a4eaf3005ad1281a1469.gif'
rel='shorcut icon' type='
image/vdn.microsoft.icon'/>


Apabila pautan imej anda telah dimasukkan ke dalam kod HTML tersebut, salin kod HTML tersebut dan letakkan ia dibawah <title><data:blog.pagetitle/>
</title> .

Maka, siaplah Favicon anda.

No comments:

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners