Ultimate Washer


Folder Options hilang.


Registry Editor Disable By Your Administrator.


Task Manager disable by your Administrator.


Search dan Run hilang dari Start menu.


Pernahkah komputer anda mengalami masalah-masalah seperti Folder Options hilang, Task Manager, Registry Editor (
regedit), dan Run di'disable'kan oleh Administrator anda, fungsi Search dan Run hilang dari menu Start? Masalah-masalah ini selalunya berlaku apabila/setelah komputer anda diserang virus, dimana ia mempunyai kemampuan mengubah/menghasilkan kekunci didalam Registry Editor (regedit) dan menyebabkan fungsi-fungsi tersebut tidak dapat berfungsi seperti sediakala.

Jika komputer anda masih lagi dibelenggu masalah tersebut walaupun virus-virus tersebut telah dihapuskan, mungkin perisian yang saya syorkan ini dapat membantu anda dalam mengembalikan fungsi-fungsi tersebut seperti sediakala. Perisian yang saya maksudkan ialah Ultimate Washer. Ianya adalah satu perisian pelbagai fungsi (
multi-function) yang dapat membaiki kekunci didalam Registry Editor (regedit) dengan hanya 1 klik.



Apa yang dilakukan oleh perisian ini adalah memaparkan kembali fungsi Folder Options, Search, dan Run, membenarkan Registry Editor (
regedit), Command Prompt, dan Task Manager, mengenal pasti fail EXE sebagai aplikasi dan memaparkan sambungan fail.

Selain itu, perisian ini juga berfungsi seperti Task Manager, dimana ia boleh memaparkan proses-proses yang sedang dijalankan pada komputer anda dan anda juga boleh mematikan proses tersebut dengan menggunakan perisian ini. Ianya juga akan memaparkan lokasi fail-fail proses tersebut.


Gambaran prosess pada Ultimate Wahser.


Gambaran prosess pada Task Manager.


Perisian ini juga mempunyai fungsi yang boleh memaparkan perisian-perisian yang digunakan setelah anda membuka komputer sama seperti fungsi System Configuration Utility (
msconfig).



Anda boleh mendapatkan perisian Ultimate Washer ini di sini. Semoga perisian pelbagai fungsi ini berguna untuk anda. Selamat mencuba.

No comments:

My Life Diary Since 2008
aMScRipTs
All other trademarks/contents/video/images/logo/lyrics are the property of their respective owners