Wanita bukan binatang! Mungkin itu yang akan anda ungkapkan. Tapi inilah kenyataan. Keldai yang saya maksudkan ialah, menjadi penyeludup dadah ke sesebuah negara.
Saban waktu kita sering terdengar wanita dari Malaysia ditahan atas kesalahan menyeludup dadah. Apa yang menghairankan, mereka yang ditahan adalah individu yang berpelajaran. Ini amat membimbangkan jika hal ini berterusan dan pasti ramai wanita Malaysia menjadi tahanan di luar.
Terbaru, 2 gadis tempatan berumur 23 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Singapura apabila anak patung mainan yang dibawa oleh kedua-dua gadis tersebut mengandungi dadah pelbagai jenis. Kira-kira 1,400 biji pil Eramin 5, tiga bungkusan kecil mengandungi 150 gram serbuk ketamine dan dua bungkusan kecil kristal dadah jenis Ice seberat lebih 30 gram dengan nilai anggarkan sebanyak RM30,000 dijumpai oleh pihak kuasa Singapura.
Kedua-dua gadis tersebut dipercayai diupah oleh sendikit tertentu bagi menyeludup dadah tersebut melalui Malaysia. Kedua-dua gadis tersebut menafi bahawa dadah tersebut bukan milik mereka. Gadis-gadis terbabit diserahkan kepada pihak polis sementara menunggu tempoh pendakwaan dan jika disabit kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara 5 tahun.
Pada 3 Ogos yang lalu, seorang lagi gadis berumur 22 tahun ditahan atas kes menyeludup dadah seberat 2.4 kilogram ke Australia. Berdasarkan maklumat yang diterima, gadis terbabit yang memegang pasport Malaysia, ditahan pegawai kastam sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth dari Hong Kong.
No comments:
Post a Comment