Pihak Windows™ dan Dell bergabung dalam mengumpul dana untuk menghapuskan penularan AIDS di Afrika dengan membangunkan beberapa unit komputer, komputer riba, mesin pencetak yang diwarnai dengan warna merah. Program ini dinamakan (PROJECT) RED™.
Terdapat 1 jenis komputer meja, 2 jenis komputer riba, dan 1 mesin pencetak didalam program ini. Apa yang menarik mengenai komputer dan komputer riba ini adalah hampir keseluruhan paparan desktop bewarna merah termasuklah gadget, wallpaper, dan screen saver.
Dengan harga permulaan yang begitu murah, pasti ramai pengguna ingin memiliki (PROJECT) RED™. Tetapi, ia hanya berada dipasaran Amerika dan Eropah.
1: Pembeli bijak tahu bahawa harga komputer riba Dell (PRODUCT) RED XPS M1330 sama seperti XPS M1330 dengan konfigurasi sama yang lain. Tetapi, (RED) menghasilkan $USD50 untuk menentang AIDS di Afrika.
2: Pembeli membeli komputer riba Dell (PRODUCT) RED XPS M1330. Dell dan Microsoft menghantar terus sumbangan sebanyak $USD50 ke Dana Dunia - tidak kepada (RED)
3: Dana Dunia menggunakan 100% sumbangan tersebut untuk kewangan program bantuan kesihatan dan komuniti HIV, dan tertumpu pada kaum wanita dan kanak-kanak.
4: Dengan $USD50, ia dapat membantu penghidap HIV di Ghana, Swaziland, Rwanda, dan negara lain yang dijanjikan dana (RED) dimasa hadapan.
5: Keputusannya? Anda memiliki Dell (PRODUCT) RED XPS M1330 dan membantu menyelamatkan nyawa manusia. Jika anda menyukainya, anda boleh membeli barangan atau set penuh INSPI(RED). Untuk menderma terus kepada Dana Dunia, sila layari www.theglobalfund.org/en/donate
Setiap $USD50 hingga $USD80 (bergantung pada jenis produk) dari setiap jualan akan dimasukkan kedalam Dana Dunia untuk membantu menghapuskan AIDS. Ia memerlukan 6 bulan untuk membuat rawatan antiretroviral untuk seorang pesakit.
No comments:
Post a Comment